LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 14 June 2012

Sebuah Persahabatan


Kisah kita kisah persahabatan,
Walau ku tahu hatimu meletak harapan,
Namun ku serahkan urusan itu pada Tuhan,
Jodoh kita biar DIA yang tentukan.

Kisah kita kisah persahabatan,
Persahabatan yang dijalin kerna kasihnya Tuhan,
Biar utuh walau dilanda taufan,
Tapi kekal teguh berlandaskan iman.

Kisah kita kisah persahabatan,
Persahabatan yang kita jagai kerna penghargaan,
Tanda kita menghargai erti persahabatan,
Semoga dapat dilaksana penuh keikhlasan.

Kisah kita kisah persahabatan,
Persahabatan yang bertaut kerna kepercayaan,
Usah dinoda dengan pendustaan,
Agar tiada hati yang kelukaan dipanah penipuan.

Kisah kita kisah persahabatan,
Persahabatan yang setia kerna kita sahabat seperjuangan
Beriringan mencari redhanya Tuhan,
Semoga syafaat-Nya mewarnai kehidupan.
Created by: Bintu Ad-Din

”Ku ingin jadi seperti kapas yang selalu ada untuk membalut tubuh mu. Ku ingin jadi seperti darah mengalir di setiap nadi mu. Ku ingin seperti udara mengisi setiap ruang kosong di jiwamu. Tapi yang paling pasti, ku ingin menjadi sahabatmu, menemani setiap langkah kakimu..”

Wednesday 1 February 2012

Mood DieT ^^


Assalamua'alaikum sahabat2 semua..jumpe lagi kita dlm blog ni..Kaifa haluka? Apa Khabar? Harapnya semua sihat-sihat belaka..Bintu ad-Din tengah ada mood nak menulis, jadinya ana nak share sikit la pada anda semua tentang diet.

Macam minggu lepas, ana diizinkan Allah utk pulang ke kampung. Rindu pd keluarga akhirnya terubat juga. Masa duduk kat kampung ritu, ana duduk melepak je kat umah ^^..Biaselah, melepaskan lelah sepanjang bekerja kat Bangi ni. Jadinya kat kampung mase utk berehat. Mase tengah duduk-duduk santai tu, ana pun terpandang satu buku ni kat atas meja MyAbah..ana pun amik dan baca. Tajuk buku tu "Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit" Haa..menarik kan tajuk buku ni ^^ Cover buku ni pun cantik =)

Pernah x anda semua terfikir, kenapa kita sering ditimpa penyakit. Mesti ramai yg dah tau kan faktor-faktor penyebabnya..salah satunya adalah makanan dan corak pemakanan kita. Bila ana baca buku ni memang kena la dgn ana, sebab ana skang tga berdiet..bukan sebab nak kurus, tapi nak sihat itu yg penting kan ^^. Kalau anda semua baca buku ni, ana pasti anda akan terpikat dgn cara-cara pemakanan dan kesihatan yg Rasulullah lakukan sepanjang hidup Baginda..sebab tu Baginda x pernah sakit..

Hikmahnya ialah Rasulullah sentiasa menjaga dan memilih makanan yang berkhasiat dan memberi tenaga yg lama utk tubuh kita sepertimana sunnah Nabi yang gemar makan kurma atau tamar. Walaupun, pada zahirnya kurma tu kecil je saiznya tp kandungan khasiatnya cukup besar dan mampu membantu tubuh kita dari lapar. Malah, kenapa Rasulullah ajar kita makan kurma dulu semasa berbuka puasa juga ada hikmahnya yg tersendiri. Kalau nak tau lebih lanjut kena baca la buku ni...sangat best ^^

Oleh itu, bagi sape-sape yg tengah berazam nk diet ana galakkan anda baca dl buku ni. Diet Rasulullah cukup mudah & murah..sesuai utk org mcm ana yg tga "save budget" ni..Jadinya, rajin-rajin membaca ye..semoga beri manfaat buat semua..

Ilal liqa' ^^

Thursday 19 January 2012

Update BloG ^^



Assalammualaikum semua..semoga ceria-ceria hendaknya^^..

Dah lama rasanya Bintu ad-Din x menulis kat blog ni..Selalu je bukak laptop tapi xde idea je nak tulis apa. Tu yg membuatkan blog ni dah berhabuk n bersawang..huhu. Actually, Bintu ad-Din xde isu nak tulis kali ni. Jadinya, ana saje je nak coret-coret tentang aktiviti-aktiviti ana sebelum ni.

Untuk bulan ni je, jadual harian ana sangat padat. Bermula dengan hari Isnin hingga ke hari ahad macam-macam kerja yg ana kena siapkan n laksanakan. Buat masa ni ana diberi amanah utk menjadi tenaga pengajar di sebuah pusat tuisyen di kawasan Bangi ni. Alhamdulillah, berkat kepercayaan pd ana maka ana ditugaskan utk mengajar tetap di situ. Tugas ana mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah. Bila dah ngajar budak sekolah rendah ni macam-macam la ragamnya kan..apapun, ana tetap rase seronok sebab pelajar-pelajar tu comel-comel belaka ^^.

Bulan ni juga bulan yg membahagiakan ana sebabnya ada macam-macam berita bahagia yg ana terima. Syukur, Allah masih beri nikmat utk rasa bahagia tu..pertamanya, ana rasa seronok bila dpt tahu adik ana dapat tawaran j-Qaf utk ambilan tahun ni. Alhamdulillah, ana sekeluarga sgt hepi terutama mak n abah ^^..tahniah buat adik bongsu ana yg bakal menjadi pendidik nanti...keduanya, ana rasa bahagia bila dapat tau ramai sahabat yg akan membina baitul muslim masing-masing..Tahniah lagi ana ucapkan buat sahabat-sahabat yg akan menggalas tanggungjawab baru sebagai suami n isteri...Mabruk 'alaikum...dan kebahagiaan yg seterusnya ialah ana akan bercuti utk 4hari dari tugas-tugas sebagai pelajar mahupun guru sebab ana nak balik kampung hujung minggu ni..xsabar nak jumpe keluarga..rindu sgt kat mereka. Semoga Allah permudahkan dan beri perlindungan sepanjang drive nanti..amiin.

Baiklah, lepas ni ana nak masuk tidur dah..Mata dah menunjukkan tanda-tanda perlu direhatkan. Semoga esok Allah beri lagi kekuatan pada tubuh dan rohani utk meneruskan hidup ni..jadinya, ana ucapkan selamat malam semua. InsyAllah ana akan update lagi blog ni dgn siri-siri yg baru..Ilal liqa'..ma'a salamah ^^

Wednesday 21 December 2011

Rasa Bahagia ^^

Assalammualaikum sahabat-sahabat sekalian. Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam lembaran ini. Pagi ini langit sangat indah pada ana sekalipun hujan membasahi tanah di sini. Syukur, Allah masih memberi kita rahmat-Nya bersama deraian hujan rahmat ini. Pagi ini ana merasakan rasa yang cukup membahagiakan. Hati ana sedang mekar berbunga-bunga dek dibasahi embun hujan yang mencurah-curah. Kenapa tidak? Ana rasa tenang dan nyaman di waktu ini..Alhamdulillah kerna masih diberi peluang untuk bernafas lagi ^^

Pagi ini juga ana rasa tenang kerana ana dapat cuti dari meneruskan kerja-kerja sebelum ni ^^..yey! cuti dari kelas-kelas pengajian, cuti dari menyiapkan disertasi..ana nak berehat di rumah je hari ni. Apa tak nya, dah berapa malam ana tidur lagi berapa jam nak subuh, bangun2 dah kena bersiap kerja. Sangat penat. Tapi tetap rasa bersyukur.

Esok dah nak balik kampung. Cuti lagi!!! ^^ Mudah-mudah dipermudahkan perjalanan esok. Di kampung nanti boleh rehat lama-lama sikit memandangkan kekasih disertasi ana dah ana hantar kepada penyelia. Fuhh! rasa lega la sikit. Tapi kena usaha lebih lagi ni. InsyAllah usaha terus berjalan ^^

Baiklah, ana nak kena out dulu ye. Masih ada tugas yang perlu dibuat. Semoga kalian juga rasa bahagia bersama-sama ana. Barakallah ^^

Sunday 18 December 2011

Oh! kekasihku kini *_*

Assalammualaikum pembaca2 Tinta Menuju Mawaddah (TMW)..ketemu lagi ye (^^)v..emm, post yg ni Bintu Ad-Din xtau nak tulis ape sbnrnya. Tadi tengah pikir-pikir nak tulis ape tibe2 teringat sesuatu...Jadi ana post la kat sini.


Berbalik pada tajuk post kali ni, antum jgn la excited pulak dengan tajuk tu. Post ni bukan pasal cinta cintun ye. Memanglah tajuk post tu Oh! Kekasihku kini tapi bukan bermaksud ana dah jumpe kekasih baru. Jangan terpedaya dengan tajuk post yang sengaja ana buat begitu.


Sebenarnya, saya nak berkongsi sedikit kisah pasal kekasih ana tu. Takdelah menarik sangat tapi sekadar meluahkan rasa hati.


Sekarang ni, ana sedang melanjutkan pelajaran di IPTA di Malaysia. Jadi sudah menjadi lumrah kehidupan pelajar seperti ana ni kadang-kala masa tak teratur dan kadang-kala perasaan juga terusik. Namun, sebagai pelajar muslim perlulah kita berdikari menghadapi kehidupan sebagai pelajar. Jadinya, sekarang ni ana hari-hari kena dating dengan kekasih ana tu. Eh, kan dating tu tak boleh berdua-duaan lelaki dan perempuan? Memang betul la Islam tidak membenarkan kita berdua-dua antara lelaki dan wanita kerana di bimbangi akan terlajak ke arah maksiat. Na'uzubillah. 


^^ terima kasih atas peringatan bersama tu. Apa yang dimaksudkan ana tadi bukanlah berdating dengan berlainan jantina, tapi maksud ana ialah ana kena berdating dengan kekasih baru ana tu adalah "tesis" pengajian ana @_@. Tesis itulah kekasihku kini ^_^. Banyak masa, tenaga dan harta yang ana korbankan utk "buah hati" ana tu. Pelbagai pengorbanan yang perlu dibuat untuk meghasilkan yang terbaik. Apapun ana berserah dengan kehendak DIA Yang Maha Esa dalam mengatur langkahku selepas ini. InsyAllah akan dipermudahkan oleh-Nya.


Masa nak hantar tesis ni dah semakin singkat, sekarang ni pun ana belum tidur lagi. Berjaga sampai ke pagi demi "kekasih" ana tu. Apa boleh buat, kena betul2 buat untuk hasilkan yang terbaik. InsyAllah ana akan buat yang terbaik demi kekasihku ^^.


Baiklah, selamat malam kekasihku tesisku...ana dah mengantuk sangat ni. Esok pagi2 dah nak bangun lagi. InsyAllah kite ketemu lagi ye sahabat sekalian. Selamat Malam. Lailah Saedah. Ilal Liqa' ^_^ 

Blog Baru ^^

Assalammualaikum para pembaca semua ^^..


SeLaMat DaTanG kE Blog TiNta MeNujU MawAddAh. InsyAllah lepas ni Bintu Ad-Din akan lebih kerap menulis entry2 terkini. Semoga kite semua peroleh manfaat bersama. Andai ada kekurangan pada blog ni, harap maaf dan boleh la komen2 or kritik yg membina ye ^^


Baiklah, insyAllah kite temui lagi dlm post yg akan dtg..tungguuuuuu~~~~~~~